Hampir semua tanah pertanian di Semenanjung Gaza musnah atau tidak dapat diakses selepas dua tahun serangan genosid Israel, menyebabkan keluarga kehilangan sumber pendapatan dan harga makanan melonjak ke paras yang tidak pernah berlaku sebelum ini
NEW YORK, 31 JULAI: Angka korban dalam kalangan rakyat Palestin yang dilanda kebuluran serta petugas bantuan di Gaza terus meningkat walaupun terdapat penangguhan sementara serangan oleh tentera Israel, menurut agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu, lapor Xinhua.
KUALA LUMPUR, 23 JUN: Semua rakyat Malaysia di Jordan berada dalam keadaan baik dan tidak terkesan dengan serangan yang berlaku di Iran, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan dalam satu kenyataan.
ISTANBUL, 21 JUN: Komando Keselamatan Siber Iran mengumumkan bahawa beberapa cubaan Israel untuk mengganggu sistem infrastruktur penting negara, termasuk rangkaian perbankan, berjaya digagalkan sejak tercetusnya konflik antara kedua-dua pihak, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Agensi Berita Mehr pada Jumaat.
AMMAN/ISTANBUL, 17 JUN: Sebanyak 21 negara Arab dan Islam mengeluarkan kenyataan bersama mengecam serangan udara Israel ke atas Iran, serta menyeru agar ketegangan serantau ditangani, pelucutan senjata nuklear dilaksanakan tanpa pilih kasih dan undang-undang antarabangsa dihormati, lapor Anadolu Ajansi (AA).
GAZA, 15 JUN: Sekurang-kurangnya lima rakyat Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera pada pagi Ahad selepas tentera pendudukan Israel melepaskan tembakan ke arah orang awam yang sedang menunggu bantuan kemanusiaan di kawasan tengah dan selatan Semenanjung Gaza, menurut sumber perubatan dan saksi.
ANKARA, 10 JUN: Serangan Israel di seluruh Semenanjung Gaza sejak awal Selasa mengorbankan 37 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 200 yang lain, termasuk 19 mangsa yang maut berhampiran pusat agihan bantuan disokong Israel, menurut petugas perubatan.
ANKARA, 4 JUN: Sekurang-kurangnya 54,510 rakyat Palestin terbunuh dalam perang genosid yang dilancarkan Israel sejak Oktober 2023, menurut Kementerian Kesihatan pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi (AA).
ANKARA, 3 JUN: Sekurang-kurangnya 24 rakyat Palestin terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam serangan tentera Israel awal pagi Selasa yang menyasarkan orang awam yang sedang menunggu bantuan kemanusiaan di sebuah tapak agihan bantuan yang ditetapkan oleh Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi.
HAMILTON (Kanada), 3 JUN: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin memaklumkan bahawa lebih 40 peratus pesakit dialisis di Semenanjung Gaza telah meninggal dunia sejak Oktober 2023, susulan serangan Israel ke atas kemudahan kesihatan serta kekangan akses perubatan, dan perpindahan penduduk yang berterusan terus memburukkan krisis kemanusiaan di wilayah itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
DOHA, 26 MEI: Sekurang-kurangnya 11 kanak-kanak berusia antara tujuh bulan hingga 12 tahun dilaporkan terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza dalam tempoh 48 jam lalu, lapor Sputnik/RIA Novosti.
ANKARA, 16 MEI: Kira-kira 90 peratus daripada 2.4 juta penduduk Gaza dipindahkan secara paksa akibat serangan Israel yang berterusan ke atas wilayah itu, kata Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi.
ISTANBUL, 28 MAC: Lebih 180 kanak-kanak Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Gaza dalam tempoh sehari ketika serangan dahsyat terus dilancarkan ke atas wilayah itu, menurut Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi.
GAZA, 25 MAC: Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di Asia Barat melaporkan bahawa seramai 124,000 orang telah berpindah dari Semenanjung Gaza dalam tempoh hanya beberapa hari susulan serangan udara Israel yang semakin meningkat, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Oleh Ufairah Tarmidzi GOMBAK, 19 MAC: Serangan udara tentera Israel yang mengorbankan lapan petugas kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), baru-baru ini disifatkan tidak berperikemanusiaan. Mengutuk keras insiden tersebut, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin...
GAZA, 18 MAC: Pekan Beit Hanoun, utara Semenanjung Gaza, menyaksikan penghijrahan besar-besaran penduduk ke arah bandar Jabalia pada pagi Selasa, mencari tempat selamat, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
ANKARA, 18 MAC: Pihak berkuasa Gaza melaporkan bahawa lebih 322 rakyat Palestin terbunuh atau hilang dalam tempoh lima jam selepas Israel kembali melancarkan serangan di seluruh Semenanjung Gaza.
KUALA LUMPUR, 18 MAC: Serangan terhadap petugas kemanusiaan yang berusaha menyampaikan bantuan kemanusiaan ialah jenayah yang tidak boleh diterima dan dikecam oleh seluruh masyarakat dunia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
SHAH ALAM, 17 MAC: Lapan petugas kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) maut dalam serangan udara oleh tentera Israel di Beit Lahiya, utara Gaza, pada Sabtu.
ISTANBUL, 6 JAN Hampir 1,000 masjid di Gaza rosak akibat serangan Israel sepanjang tahun lepas, menurut pihak berkuasa Palestin seperti dilaporkan oleh Agensi Anadolu (AA).
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini secara sahih dan terpercaya.